
Kelihatan di belakang ialah Jambatan Seri Gemilang iaitu salah sebuah daripada 8 buah jambatan di Putrajaya (Jambatan Putra, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Bestari, Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Setia dan Jambatan Seri Wawasan). Jambatan ini merupakan penghubung utama di antara Core Island (Presint 4) dan Presint 5. Ia terletak di penghujung selatan Persiaran Perdana. Dikategorikan sebagai jambatan ceremonial, Seri Gemilang merupakan mercu tanda Putrajaya yang berperanan sebagai pintu masuk utama ke Core Island dari arah selatan kepada kenderaan dan pejalan kaki.
No comments:
Post a Comment