28 August 2010

Pengakap Muda

Irfan teruja bila dapat pakai pakaian seragam pengakap yang asyik tertangguh

24 August 2010

Minggu Peperiksaan di sekolah Irfan

Irfan minggu ni menghadapi PKSR 2. Kena kerja lebih....


Tapi adik dia, tetap maintain...

Beramal di bulan Ramadhan

Irfan mengumpulkan pakaian dia yang dah tak muat untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tempat kerja uminya menganjurkan kerja amal tu. Yang kelakarnya mula-mula semua dia sayang. Mana tak sayangnya sebab masig baru-baru lagi. Mana tak masih baru baju-baju tu, si Irfan ni habit dia macam si Epit dalam kartun Lat. Kalau dia dah sukakan sesuatu baju tu, baju tu ajelah yang dia ulang-ulang pakai. Setelah berdiskas, akhirnya dia redha....


11 August 2010

Puasa hari pertama


Hari ini sekolah agama Irfan bercuti. Jadi lepas sekolah kebangsaan, dia siapkan kerja rumah. Lepas tu di surf internet sekejap sebelum main kereta hot wheel dia. Lama dia tak main kereta hot wheel tu, tapi semalam disebabkan dia dapat hadiah hari jadi sebiji kereta hot wheel dari rakan sekelas dia,, dia teringin semula keluarkan koleksi lama-lama dia. Tapi lepas tu bila dia dah bosan, diapun melepak atas peha kaki aku dan akhirnya dia.....

07 August 2010

Birthday Irfan ke-11




















Tarikh sebenar tarikh lahir Irfan ialah 16 Ogos, tapi disambut awal sebab pada tarikh tu bulan Ramadhan. Kebetulan atuk dan nenek baru sampai dari Johor dengan Cik Misah dan Mak Usu, maka bertambah meriahlah sambutan hari jadi Irfan kali ini.
Sambut kat Secret Recipe Kinrara

Hadiah Birthday Ke-11 Irfan


Bola MU ni dihadiahkan oleh umi

Kasut Mercurial yang menjadi idaman Irfan sejak Piala Dunia