30 March 2008

Happy Birthday Irfan!


Irfan celebrate birthday Irfan yang ke-6 patutnya pada 16 Ogos 2006 tapi dilewatkan sebab pa dan ma sibuk. So buat pada 20 Ogos 2006 di Restoran Dust Thai kat Sunway. Macam-macam hadiah yang Irfan dapat. Tengoklah gambar tu....ada toy bionicle & high energy; pinggan, cawan & jigsaw puzzle Car; magnifying glasses; krayon Faber Castel; reket dan kereta remote control. Best betul.

Doa Qunut

Irfan berazam nak hafal doa ni.

Boling, boling, boling!


Irfan suka main boling. Mula-mula dulu irfan main campak aje bola boling tu guna dua belah tangan, tapi sekarang ni kira ada improvement sikitlah. At least cara campak bola tu dah tak guna dua belah tangan. So far Irfan punya highest score is 82 pins. Irfan teringin nak belajar cara formal tapi timing asyik tak betul aje... 14 Mac tu hari papa dah arrange dengan kakak yang nak ajar kat IOI, tapi bila Irfan dan Ira dah kat situ dia tak ada lak.

Irfan selalunya main kat IOI Mall tapi pernah juga main kat Alamanda, Shah Alam Central dan One Utama. Petang ni pa ajak main kat IOI dengan syam, ira dan arina. Hmmm... harap-harap Irfan dapat pecahkan highest record Irfan tu.

29 March 2008

Ada Gaya Tak?


Irfan sedang sibuk ambik gambar burung merpati kat shopping complex di Paris van Java, Bandung

Tengok gaya Irfan ambik gambar, macam pro tak?

Birthday Ira, 27 April



Birthday Ira terpaksa disambut dalam Serena di Sekolah Seri Puteri pasal Syam tak boleh keluar. Walau macam manapun, keknya tetap sama - dari Secret Recipe! Ira dapat hadiah jam tangan Manchester United & cermin mata (dari pa), t-shirt Nike (dari ay), jam katak hijau (dari Irfan), bear (dari Syam). Haha nampak tak gambar yang Irfan lukis gambo Ira pada sampul kad birthday dia? Very artistic kan?

Birthday Syam



Birthday ke-13 Syam disambut pada 4 Nov 2007 kat Secret Recipe, Puchong (sama tempat sambut birthday Irfan). Papa, ay, ira dan irfan meraikannya. Syam dapat hadiah kamera digital dari papa, jam tangan dari ay, bear dari ira. Cuba tengok dia orang sungguh-sungguh jaga irfan sebab irfan nak tiup lilin birthday.... hahahaha...

Botol oh Botol!


(5 Jun 2007). Irfan selalu order air botol kalau makan kat Restoran steamboat Johnny. Tiba-tiba Irfan teringat ada cerita yang mengisahkan pasal orang yang baling botol ke laut dan botol tu dibawa arus ke pantai negara lain dan dijumpai oleh seseorang. Irfanpun apa lagi, mintak papa hantar Irfan ke laut untuk campak botol tu. Punyalah jauh papa kena drive, dari Puchong ke Pantai Morib, Banting. Ira dengan Syam jadi mangsa kena tolong tuliskan info Irfan untuk dimasukkan ke dalam botol tu dan teman Irfan ke tepi laut untuk balingnya. Nak tau....sampai sekarang tak adapun orang yang telefon....

Cute tak?


Cute tak? Bukan Irfanlah, tapi monkey tu...... Monkey ni jinak walaupun nampak garang. Irfan jumpa waktu dah nak balik ke Malaysia dari Bandung.

Irfan ke Bandung, Indonesia



Irfan, papa, Ira dan Syam pergi ke Bandung, Indonesia dari 20 hingga 22 Disember 2007 yang lalu. 20hb tu Hari Raya Haji tau.! Best giler...... Kita orang tinggal kat Novotel Hotel. Uncle yang bawak kita menjelajah Bandung ialah Uncle Yadi.

Tangkap Lentuk

Masa ni rumah kat Putrajaya. Ini mesti papa punya kerja ambik gambar candid. Lena sungguh kan

Duit Raya 2007


Hmmmm...cuba tengok betapa happynya kita orang sebab dapat banyak duit raya! Irfan masukkan dalam bank Maybank kat Shah Alam dengan papa - gunakan akaun Yippoie yang pa bukakan di Maybank Seri Serdang dulu (masa tu duduk kat Putrajaya). Pa terpaksa report buku bank tu hilang sebab mama kata dia tak jumpa buku tu (mungkin misplaced masa pindah ke Shah Alam). Ira pun buka akaun di Maybank Shah Alam. Tapi Syam tak boleh buka akaun sebab IC dia yang original pada mama. So dia simpan kat dalam akaun Tabung Haji dia yang papa bukakan dulu....moga-moga dia cepat sampai seru untuk bergelar Hajah Ira Syamira. He he he....

Birthday Irfan yang Ke-7 (16 Ogos 2007)

Irfan menyambut harilahir ke-7 di Secret Recipe, Puchong bersama-sama papa, ay, ira dan syam pada 19 Ogos 2007 (3 hari lewat - sebab kena tunggu syam outing). Tengok hadiah-hadiah yang Irfan mintak semuanya dapat - jam tangan ana-digi, wallet dan hot wheels. Hmmmm...tak sabar rasanya nak sambut birthday ke-8. Papa nak bawak ke mana eh? Rahsia!

Telur Ostrich at Perlis, 20 Ogos 2007


Hmmmm...Help Me!!!!!!!!!!!!

Irfan sempat posing dengan ular sawa albino. Ular hidup tau!!!! Mula-mula seram juga, tapi akhirnya seronok lak. Nak bergambar dengan ular ni kena beli barang sekurang-kurangnya RM10.

Scary Moment....

Sempat juga Irfan posing dengan pelakon ni.... Best betul la dia orang punya show. Very entertaining!

A Day in A Famosa (11 March 2008)







Assalamualaikum!


Ini posting Irfan yang pertama. Masa posting ni dibuat 29 Mac 2008 (Sabtu), Irfan (agaknya) tengah menghadiri Kem Bestari Solat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.