22 July 2008

Teringat Makan Mee Rebus Tulang

Ni kita orang masa di Johor Bahru. Mee Rebus ni ada pilihan sama ada nak mee rebus sahaja atau mee rebus tulang. Tulang tu ialah gearbox kambing. Part yang paling sedap ialah sum-sum dia. Nak makan sum-sumnya kena guna straw. Kalau di Singapura ada sup tulang (tempat yang Irfan biasa makan ialah di Beach Road). Sup tulang dia bukan macam sup tulang biasa tetapi dia gearbox (rasanya kambing) yang kuahnya pekat (pekatnya macam kuah mee rebus JB ni) dan warna kemerah-merahan. Kat sana kalau nak makan sum-sum dia kena ketuk tulang tu ke pinggan. Ketuk..ketuk...ketuk sampai sum-sum dia terkeluar. So bayangkan kalau ramai yang tengah makan .... sana ketuk, sini ketuk, situ ketuk...mana-manapun ketuk!

No comments: