Irfan sempat kejar ayam dengan Syam. Papa cerita masa dia kecik-kecik dulu, kalau nak makan ayam kena kejar dan tangkap dulu. Dah tangkap nanti atuk sembelih, rebus ayam tu untuk senang dicabut bulunya, potong-potong ayam tu barulah nenek masak. Irfan tak boleh nak bayangkan....setahu Irfan kalau nak makan ayam, pergi aje ke supermarket dan beli ayam. Ayam tu tak ada bulupun -dah bersih dan dibungkus kemas mengikut bahagian-bahagian ayam yang kita nak.
No comments:
Post a Comment