03 March 2011

Irfan tukar sekolah

28 Februari 2011, emak Irfan telah menukarkan sekolahnya dari SK Seksyen 2 Bandar Kinrara ke SK Seksyen 9 Shah Alam.  Dia bertukar secara mengejut tanpa ada sebarang pemakluman kepada papa

29 January 2011

Irfan merentas desa

Hari ini Sabtu, 29 Januari 2011 Irfan ada merentas desa kat sekolah Irfan.  Pagi-pagi lagi dah bersedia.  Irfan teringin pakai kasut Safari (kasut futsal yang menggantikan boot Mercurial yang hilang hari tu) tapi papabenarkan sebab takut hilang.  Sebab tu Irfan tak menang hehe

05 December 2010

Teringat kasut Irfan yang hilang

boot bola Irfan hilang dicuri orang pada 21 November yang lepas dari rak kasut di luar rumah. 

16 September 2010

Nasr Syamir Mikhail

Sempat Irfan bergurau dengan Nasr sementara menunggu waktu menziarah sanak saudara

28 August 2010

Pengakap Muda

Irfan teruja bila dapat pakai pakaian seragam pengakap yang asyik tertangguh

24 August 2010

Minggu Peperiksaan di sekolah Irfan

Irfan minggu ni menghadapi PKSR 2. Kena kerja lebih....


Tapi adik dia, tetap maintain...

Beramal di bulan Ramadhan

Irfan mengumpulkan pakaian dia yang dah tak muat untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim. Tempat kerja uminya menganjurkan kerja amal tu. Yang kelakarnya mula-mula semua dia sayang. Mana tak sayangnya sebab masig baru-baru lagi. Mana tak masih baru baju-baju tu, si Irfan ni habit dia macam si Epit dalam kartun Lat. Kalau dia dah sukakan sesuatu baju tu, baju tu ajelah yang dia ulang-ulang pakai. Setelah berdiskas, akhirnya dia redha....


11 August 2010

Puasa hari pertama


Hari ini sekolah agama Irfan bercuti. Jadi lepas sekolah kebangsaan, dia siapkan kerja rumah. Lepas tu di surf internet sekejap sebelum main kereta hot wheel dia. Lama dia tak main kereta hot wheel tu, tapi semalam disebabkan dia dapat hadiah hari jadi sebiji kereta hot wheel dari rakan sekelas dia,, dia teringin semula keluarkan koleksi lama-lama dia. Tapi lepas tu bila dia dah bosan, diapun melepak atas peha kaki aku dan akhirnya dia.....

07 August 2010

Birthday Irfan ke-11




















Tarikh sebenar tarikh lahir Irfan ialah 16 Ogos, tapi disambut awal sebab pada tarikh tu bulan Ramadhan. Kebetulan atuk dan nenek baru sampai dari Johor dengan Cik Misah dan Mak Usu, maka bertambah meriahlah sambutan hari jadi Irfan kali ini.
Sambut kat Secret Recipe Kinrara

Hadiah Birthday Ke-11 Irfan


Bola MU ni dihadiahkan oleh umi

Kasut Mercurial yang menjadi idaman Irfan sejak Piala Dunia

22 July 2010

makan hotdog a&w di sate samuri restoran jenjantas sg buloh


Papa dengan Umi nak makan sate tapi Irfan tak berselera. Jadi Irfan beli hotdog dan join dia orang makan di gerai sate

lunch di black canyon kinta city

lepas check out kita orang singgah lunch masa on the way ke kuala kangsar. irfan makan chicken chop dengan air strawberi.

restoran jejantas sg buloh

irfan dah jalan sejauh 1291 km dari kinrara ke perlis, ipoh, kuala kangsas dan sini. Irfan sampai sini pukul 8.15 malam dan sembahyang jamak qasar maghrib dan isya'. Lepas solat, terus irfan mintak izin dr papa untuk ke kedai favourite irfan iaitu al ehsan.

21 July 2010

buat homework


irfan buat homework bahasa melayu tatabahasa masa di hotel hillcity, ipoh. Terima kasih cikgu mariani.